Khamis, 28 April 2011

Manfaat Mengenal Nombor Peribadi dan Warna Diri

Manfaat dari mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nombor peribadi dan warna diri secara tidak langsung telah membuatkan anda mengetahui berbagai ragam setiap individu yang berada disamping anda.

Komunikasi biasanya akan menjadi lebih mudah kerana kepekaan seseorang untuk menyesuaikan diri dengan orang-orang yang saling berhubungan dengan diri kita. Contohnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan sekuliah dan dalam sesebuah organisasi. Rasa hormat dan prihatin akan lebih mudah terpelihara kerana kita telah pun dapat mengetahui kelemahan dan kebaikan orang yang akan berurusan dengan kita. Ingat!! Kita tidak mungkin akan mengambil kesempatan yang boleh melukakan atau menjatuhkan nilai diri orang yang sedang berhadapan dengan diri kita. Kita juga tidak akan keliru apabila berhadapan dengan telatah atau sikap negatif yang akan berlaku apabila rakan-rakan kita hilang kawalan dan kesabaran.

Pastinya orang yang telah mengetahui watak dan ragam rakan-rakannya akan menggunakan sepenuh rasa tolak ansurnya bagi maksud mencapai keharmonian dalam berkomunikasi. Rakan yang bijak dapat mengawal suasana pergaulan dan pasti berjaya mewujudkan minat atau kebolehan rakan-rakannya yang berkemungkinan tidak begitu agresif atau sebaliknya.

Dengan mengetahui perwatakan, minat, kecenderungan, bakat, kebolehan atau apa juga kelemahan yang telah dapat dibaca melalui panduan psikologi ini maka hubungan kemesraan dan rasa hormat menghormati akan lebih terjamin dan berpanjangan. Sebenarnya bukan mudah untuk menjaga hati seseorang apatah lagi untuk menjaga hati sendiri melainkan adanya ilmu kemahiran mengenai personaliti yang sebenarnya amat praktikal dalam kehidupan seharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan