Rabu, 20 Januari 2010

WarnaDiri Membentuk Personaliti

Setiap peserta dengan WarnaDirinya akan membentuk personaliti dan sifat-sifat unggul yang tersendiri disamping karektor negatif yang seharusnya dapat dibendung selalu. Mereka akan berbeza dari segi cara berfikir, cara pembelajaran, kecenderungan, minat dan bakat, kemahiran, bidang kerjaya pakar dan juga gaya pengurusan. Adalah amat penting untuk para peserta mengetahui, memahami dan mempraktikkan WarnaDiri agar mereka dapat menjadi generasi modal insan terbaik yang diharapkan oleh setiap ibubapa, guru, masyarakat dan negara.

Dunia Tanpa Warna ?

Cuba kita bayangkan sekiranya dunia ini tercipta tanpa warna? Apakah yang dapat kita lihat? Apakah yang dapat kita rasa?

Apakah rahsia disebalik penciptaan warna? Terlebih dahulu harus kita fikirkan rahsia disebalik penciptaan manusia..

“ Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimuliakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu air (benih) yang sedikit dipandang orang; kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur ” (Surah As-Sajdah 7-9)

Rahsia Penciptaan Manusia
Manusia - Rohani & Jasmani
Akal & Roh ( Rohani ), Organ ( Jasmani )
Rohani : Spiritual, Emosi, Mental - SIKAP
Jasmani : Fizikal - KERJAYA

Mengenali Sikap
 Kenal Sikap melalui kenal WarnaDiri
 Kenal WarnaDiri – DiagnosisWarna
 Kaedah DiagnosisWarna
Applied Kinesiology (AK)
Ujian Otot Tangan
Kawalan Minda Bawah Sedar
Mengenalpasti Unsur WarnaDiri Dominan

Kelaziman Sikap
WarnaDiri Unsur Sikap Hasil
Spiritual Angin – Nitrogen PEKA Rebut Peluang
Emosi Api – Oksigen KREATIF Bahagia
Mental Air – Hidrogen ANALITIKAL Konsisten
Fizikal Tanah – Karbon PRAKTIKAL Buat Sampai Habis

Khamis, 14 Januari 2010

Carta WarnaDiri



Setiap manusia memegang satu daripada rahsia di atas sebagai kekuatan tenaga yang melengkapkan kejadian alam. Ia disebut “Level”(Tahap) atau “Warna” diri. Color Vibration Therapy atau CVT juga menemukan rahsia tenaga bunga-bungaan, garam dan ais yang berperanan besar dalam keseimbangan alam semesta termasuk manusia.
CVT dengan terapi getaran warna adalah menyingkap berbagai rahsia cahaya dan bunyi. Dua unsur cahaya iaitu bulan dan matahari amat banyak menemukan jawapan berbagai persoalan yang relevan dengan tenaga yang kita miliki. Unsur atom dalam cahaya dapat mengaktifkan sel-sel tubuh dengan cara meneutralkan gelombang elektromagnetik dan elektrokimia yang tercemar daripada berbagai radiasi dan keracunan.
CVT dalam rawatannya menangani penyakit adalah dengan mengenali warna dalam perspektif penyakit. Ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu berkait rapat dengan inspirasi warna. Umpamanya ramai yang menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran tetapi tanpa disedari itulah lambang kelemahan tenaga yang sedang dilaluinya.
Setiap manusia di muka bumi ini inginkan kecemerlangan dalam hidupnya. Kecemerlangan adalah hasil daripada tingkahlaku sifat-sifat unggul seperti sifat proaktif, inovatif, pintar, sabar, tekun, redha dan lain-lain. Samada seseorang itu suami atau isteri, seorang pelajar mahupun seorang usahawan semuanya perlu memiliki kecemerlangan dalam hidup dan kerjayanya.
Persoalannya, kecemerlangan yang bagaimana yang diinginkan oleh setiap orang itu ? Sememangnya setiap kejadian manusia oleh Allah SWT telah memiliki sifat-sifat cemerlang. Terpulang kepada manusia untuk berusaha membongkar sifat-sifat cemerlang yang telah ada di dalam dirinya setelah mengetahui warna diri sebenar. Justeru itu, adalah perlu bagi anda untuk mengenali warna diri anda yang akhirnya akan memberi pelbagai kebaikan terhadap jiwa, emosi, fikiran dan fizikal anda bagi mencetus WARNA DIRI UNGGUL !!!.