Khamis, 28 April 2011

Manfaat Mengenal Nombor Peribadi dan Warna Diri

Manfaat dari mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nombor peribadi dan warna diri secara tidak langsung telah membuatkan anda mengetahui berbagai ragam setiap individu yang berada disamping anda.

Komunikasi biasanya akan menjadi lebih mudah kerana kepekaan seseorang untuk menyesuaikan diri dengan orang-orang yang saling berhubungan dengan diri kita. Contohnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan sekuliah dan dalam sesebuah organisasi. Rasa hormat dan prihatin akan lebih mudah terpelihara kerana kita telah pun dapat mengetahui kelemahan dan kebaikan orang yang akan berurusan dengan kita. Ingat!! Kita tidak mungkin akan mengambil kesempatan yang boleh melukakan atau menjatuhkan nilai diri orang yang sedang berhadapan dengan diri kita. Kita juga tidak akan keliru apabila berhadapan dengan telatah atau sikap negatif yang akan berlaku apabila rakan-rakan kita hilang kawalan dan kesabaran.

Pastinya orang yang telah mengetahui watak dan ragam rakan-rakannya akan menggunakan sepenuh rasa tolak ansurnya bagi maksud mencapai keharmonian dalam berkomunikasi. Rakan yang bijak dapat mengawal suasana pergaulan dan pasti berjaya mewujudkan minat atau kebolehan rakan-rakannya yang berkemungkinan tidak begitu agresif atau sebaliknya.

Dengan mengetahui perwatakan, minat, kecenderungan, bakat, kebolehan atau apa juga kelemahan yang telah dapat dibaca melalui panduan psikologi ini maka hubungan kemesraan dan rasa hormat menghormati akan lebih terjamin dan berpanjangan. Sebenarnya bukan mudah untuk menjaga hati seseorang apatah lagi untuk menjaga hati sendiri melainkan adanya ilmu kemahiran mengenai personaliti yang sebenarnya amat praktikal dalam kehidupan seharian.

Apakah Nombor Peribadi Anda ? Antara Ilmu, Kajian Dan Sifat

Numerologi adalah satu jurusan ilmu pernomboran yang dikaitkan dengan SIFAT-SIFAT MANUSIA berdasarkan pengalaman-pengalaman hidup para pengkaji. Ada juga berpendapat bahawa ilmu ini telah mula dipelajari sejak 10,000 tahun dahulu. Di antara tokoh-tokoh yang telah mengkaji ilmu ini adalah Pythagoras dan ada yang berpendapat bahawa ilmu ini juga telah ditemui oleh Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa a.s. Wallahualam

Perlu ditekankan di sini bahawa ilmu numerologi bukanlah ilmu tilik atau ramalan tetapi ia adalah ilmu kajian yang berdasarkan pengalaman yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya. Ilmu ini juga adalah universal dan boleh diamalkan seluruh bangsa di dunia ini. Ilmu ini mendedahkan potensi semula jadi yang ada pada setiap individu; terpulanglah pada individu itu sama ada ingin membangunkannya ataupun membiarkan ia terpendam dalam diri begitu sahaja. Di dalam dunia ini sehingga sekarang saintis telah menemukan 103 jenis atom yang mana setiap satunya diwakili oleh nombor-nombor yang unik. Nombor-nombor atom ini boleh dilihat di dalam jadual berkala yang telah digunapakai bagi seluruh dunia. Jika nombor atom ditentukan melalui/ berdasarkan jumlah proton yang terdapat di dalam nukleus, maka nombor peribadi manusia pula ditentukan berdasarkan sikap semulajadinya.

Perubahan alam yang bergerak biasanya menuruti suatu peredaran yang teratur. Perubahan siang dan malam, datangnya musim pada bulan-bulan tertentu yang teratur pada setiap tahun, terjadinya pasang surut di laut, bulan purnama pada tanggal 14 setiap bulan dan masih banyak perubahan alam yang terjadi selalunya adalah berdasarkan peredaran tertentu.

Dunia ini sebenarnya diciptakan berdasarkan kekuatan angka-angka. Dipercayai bahawa seluruh alam bergerak menurut perhitungan matematik. Setiap orang mempunyai angka yang berkaitan dengan potensi diri, bakat keperibadian dan hal-hal penting dalam sejarah perjalanan hidupnya.
Bahkan dalam Al-Quran disebutkan bahawa alam dibentuk dalam enam masa. Ini bererti angka sudah menjadi sebahagian dari landasan kehidupan manusia. Tanpa angka tidak mungkin manusia mencipta komputer, kapal terbang dan sistem kewangan. Ini membuktikan manusia dicipta daripada angka-angka.

Siapakah anda, garis kehidupan dan potensi diri anda? Alam semesta dibentuk berdasarkan prinsip matematik dimana angka menguasai segala perubahan yang terjadi berdasarkan pola yang telah ditetapkan.
Sel atau bibit kehidupan dianggap sebagai awal manifestasi kehidupan, karektor huruf atau angka kosong yang menggambarkan sel. Huruf dibentuk dari angka. Angka diambil dari bentuk sel. Sel adalah benih alam semesta dan awal dari segalanya.
Numerologi adalah bahasa angka. Setiap angka mempunyai pengaruh getaran tersendiri. Wilayah pengaruh AKU adalah 1 sedangkan KAMU adalah 2, 3, 4 dan KITA adalah 5, 6, 7, 8, 9. Seseorang melihat dunia ini dalam susunan angka yang membentuk segitiga pengaruh tersebut. Angka ini mewakili sifat bawaan seseorang yang dikenali sebagai angka keperibadian.

AKU, KAMU dan KITA adalah rahsia persaudaraan dalam menjadikan hubungan silatulrahim yang tidak boleh berpecah.

Numerologi mempunyai prinsip dasar bahawa angka mempunyai erti tertentu bagi seseorang yang dilahirkan dengan satu tujuan. Misi hidup anda dapat digambarkan berdasarkan nombor tujuan hidup atau impian anda. Nombor tersebut menyatakan apa yang harus anda lakukan atau apa akan terjadi dalam hidup tertentu ini agar berhasil dalam setiap tahap hidup anda. Jika anda berusaha secara tulus ikhlas untuk mencapai arah tujuan hidup, jalan akan terbuka dan akan berhasil mencapai maksudnya.
Setelah masyarakat mengenal nama sebagai simbol komunikasi yang baru, huruf dari nama tersebut ditukarkan ke dalam angka yang menjadi ciri perkembangan seseorang di dalam hidupnya.

Angka ini dikenali sebagai angka perkembangan. Sebagai sebahagian dalam sistem alam semesta ini, manusia juga dipengaruhi oleh angka yang sudah terpola pula. Numerologi menjadi ilmu yang mudah difahami kerana ianya berdasarkan kepada prinsip matematik.
Ahli psikologi yang mendalami masalah bawah sedar manusia telah menjadikan bidang numerologi ini boleh difahami sebagai fenomena alam yang rasional. Tanpa sedar angka-angka ini juga adalah model tingkah laku manusia yang berlaku secara universal. Apabila seseorang yang dalam keadaan bermimpi menemukan suatu lambang ia boleh berpengaruh kuat sebagai motivasi pada tindakannya nanti. Masa adalah hukum kehidupan, angka adalah hukum alam semesta, kesatuan adalah hukum Tuhan.

Rabu, 20 Januari 2010

WarnaDiri Membentuk Personaliti

Setiap peserta dengan WarnaDirinya akan membentuk personaliti dan sifat-sifat unggul yang tersendiri disamping karektor negatif yang seharusnya dapat dibendung selalu. Mereka akan berbeza dari segi cara berfikir, cara pembelajaran, kecenderungan, minat dan bakat, kemahiran, bidang kerjaya pakar dan juga gaya pengurusan. Adalah amat penting untuk para peserta mengetahui, memahami dan mempraktikkan WarnaDiri agar mereka dapat menjadi generasi modal insan terbaik yang diharapkan oleh setiap ibubapa, guru, masyarakat dan negara.

Dunia Tanpa Warna ?

Cuba kita bayangkan sekiranya dunia ini tercipta tanpa warna? Apakah yang dapat kita lihat? Apakah yang dapat kita rasa?

Apakah rahsia disebalik penciptaan warna? Terlebih dahulu harus kita fikirkan rahsia disebalik penciptaan manusia..

“ Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya dan dimuliakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu air (benih) yang sedikit dipandang orang; kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya roh ciptaanNya. Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur ” (Surah As-Sajdah 7-9)

Rahsia Penciptaan Manusia
Manusia - Rohani & Jasmani
Akal & Roh ( Rohani ), Organ ( Jasmani )
Rohani : Spiritual, Emosi, Mental - SIKAP
Jasmani : Fizikal - KERJAYA

Mengenali Sikap
 Kenal Sikap melalui kenal WarnaDiri
 Kenal WarnaDiri – DiagnosisWarna
 Kaedah DiagnosisWarna
Applied Kinesiology (AK)
Ujian Otot Tangan
Kawalan Minda Bawah Sedar
Mengenalpasti Unsur WarnaDiri Dominan

Kelaziman Sikap
WarnaDiri Unsur Sikap Hasil
Spiritual Angin – Nitrogen PEKA Rebut Peluang
Emosi Api – Oksigen KREATIF Bahagia
Mental Air – Hidrogen ANALITIKAL Konsisten
Fizikal Tanah – Karbon PRAKTIKAL Buat Sampai Habis

Khamis, 14 Januari 2010

Carta WarnaDiri



Setiap manusia memegang satu daripada rahsia di atas sebagai kekuatan tenaga yang melengkapkan kejadian alam. Ia disebut “Level”(Tahap) atau “Warna” diri. Color Vibration Therapy atau CVT juga menemukan rahsia tenaga bunga-bungaan, garam dan ais yang berperanan besar dalam keseimbangan alam semesta termasuk manusia.
CVT dengan terapi getaran warna adalah menyingkap berbagai rahsia cahaya dan bunyi. Dua unsur cahaya iaitu bulan dan matahari amat banyak menemukan jawapan berbagai persoalan yang relevan dengan tenaga yang kita miliki. Unsur atom dalam cahaya dapat mengaktifkan sel-sel tubuh dengan cara meneutralkan gelombang elektromagnetik dan elektrokimia yang tercemar daripada berbagai radiasi dan keracunan.
CVT dalam rawatannya menangani penyakit adalah dengan mengenali warna dalam perspektif penyakit. Ragam, perangai, tingkah laku, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak tanduk setiap individu berkait rapat dengan inspirasi warna. Umpamanya ramai yang menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran tetapi tanpa disedari itulah lambang kelemahan tenaga yang sedang dilaluinya.
Setiap manusia di muka bumi ini inginkan kecemerlangan dalam hidupnya. Kecemerlangan adalah hasil daripada tingkahlaku sifat-sifat unggul seperti sifat proaktif, inovatif, pintar, sabar, tekun, redha dan lain-lain. Samada seseorang itu suami atau isteri, seorang pelajar mahupun seorang usahawan semuanya perlu memiliki kecemerlangan dalam hidup dan kerjayanya.
Persoalannya, kecemerlangan yang bagaimana yang diinginkan oleh setiap orang itu ? Sememangnya setiap kejadian manusia oleh Allah SWT telah memiliki sifat-sifat cemerlang. Terpulang kepada manusia untuk berusaha membongkar sifat-sifat cemerlang yang telah ada di dalam dirinya setelah mengetahui warna diri sebenar. Justeru itu, adalah perlu bagi anda untuk mengenali warna diri anda yang akhirnya akan memberi pelbagai kebaikan terhadap jiwa, emosi, fikiran dan fizikal anda bagi mencetus WARNA DIRI UNGGUL !!!.